Monday, January 27, 2014

Kuasa Membuat Pilihan.

The Power of Choice - “Using the power of decision gives you the capacity to get past any excuse to change any and every part of your life in an instant.”~ Anthony Robbins... Setiap masa kita perlu membuat pilihan. Kita memilih untuk berbuat baik, jahat ataupun apa-apa sahaja.Lazimnya manusia akan memilih apa yang bermanafaat bagi mereka berbanding yang lain. Namun begitu, kita juga perlu akur dengan situasi tertentu yang tidak mengizinkan kita untuk membuat pilihan. Contohnya di dalam beberapa perkara berkaitan agama, perlembagaan dan adat istiadat. Sebagai penganut agama langit yang baik, kita ditegah daripada memilih kejahatan, keganasan ataupun penipuan. Sebagai warganegara yang baik, kita juga ditegah daripada melakukan perkara yang sama seperti ajaran agama masing-masing Begitu juga pegangan dan fahaman, kita ditegah dari melanggar adat dan tatasusila kaum masing-masing. Sebagai panduannya kita diajar peribahasa "Masuk kandang harimau kita mengaum, masuk kandang kambing kita mengembek" Adakah ini bermakna kita tiada kuasa untuk membuat pilihan? Adakah dengan akal fikiran dan hati yang jelas kita tidak berupaya membuat pilihan? Bukankah ini bertentangan dengan fitrah manusia untuk bebas memilih apa yang bermanafaat bagi Individu tersebut? Bukankah kita bebas untuk memilih ideologi dan pegangan masing? Jadi mengapa kita perlu berpegang kepada Demokrasi Terpimpin dan Raja Berpelembagaan? Mengapa pemimpin politik mahukan kita memegang kuat ideologi ini? Mereka inginkan kuasa, tetapi kita yang perlu ikut mereka. Kuasa untuk membuat pilihan ditangan anda. Itulah kempennya. Anda hanya penting atau menjadi istimewa apabila undi anda diperlukan. Terbaru, ADUN Kajang meletak jawatan hanya satu tahun selepas memegang tampuk kuasa. Semua pihak terperanjat dan menyatakan sokongan dan bangkangan. Mengapa tidak kita bagi ruang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri tersebut untuk menyatakan pendirian dan sebab-sebab perletakan jawatan? Di Selangor, kita pernah alami perkara yang sama apabila YB Elizbeth Wong meletak jawatan tetapi ditolak oleh Menteri Besar. Sesungguhnya banyak kejutan dan misteri berlingkar disebalik kejadiaan ini. Hanya mereka yang terlibat memahaminya. Sebagai warga Selangor, kita mendesak agar persoalan berkaitan perletakan jawatan ini dibahaskan. Kepada warga dan pengundi Kajang, anda akan menjadi tetamu Istimewa dalam tempoh dua bulan ini. Jangan terkejut jika bakal-bakal calon ini mengetuk pintu anda di malam hari sekadar untuk bertanya khabar. Pilihan ditangan anda! Tentunya Dato' Haji Samuri dan tauke-tauke di Kajang akan tersenyum lebar sebulan dua ini. Durian Runtuh hadiah Tahun Baru Cina!

No comments:

Post a Comment