AsSalam,
Hampir enam (6) bulan meninggalkan blog ini kerana perubahan jadual kerja. Banyak juga perkara yang berlaku dalam tempoh enam (6) bulan ini. Terutamanya di dalam bidang "inter personal skills @ people skills" - Kemahiran Insaniah... Dalam tempoh ini, saya berkesempatan berjumpa dan berbincang dengan konsultan, jurulatih dan para perserta kursus... Pengetahuan dan kemahiran ini merubah perspektif minda dan tingkahlaku terutamanya apabila berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat.
Manakala bidang "Habluminallah" saya masih lagi ditakuk yang sama (rasanya). Bak kata orang tua..Jalan dah tersedia di depan mata cuma kaki masih lagi berat untuk melangkah mengikuti jalan yang ada. Cuma di hati ini rasanya masih belum bersedia.
Bulan Ramadan kali ini teringat kepada zaman waktu belajar di Sintok terutamanya apabila teringat waktu dibelasah oleh Jurulatih di padang kawad. Peluh macam air paip mencurah-curah bermula dari pagi sampai ke petang. Cuma yang seronoknya apabila rehat tengahari..sempat balik bilik dan mandi (basahkan tekak). Sebelum tu singgah sekejap di kedai mini market di depan kolej ambil ranson kering...Sebelah petang bila masuk baris sahaja muka masing-masing ceria....
Waktu-waktu begini (penghujung ramadan) pula tengah sibuk untuk buat persiapan balik kampung..Waktu tu rasa macam jauh sahaja. Bila dah mula kerja kat luar negara beberapa tahun, perjalanan di dalam Malaysia ni macam dekat sahaja. (Terima kasih PLUS)...Biasnya waktu-waktu begini, saya ke Sempadan Siam membeli belah (barang-barang untuk diniagakan). Biasanya saya bawa balik Bunga Plastik, Seluar budak-budak dan barang-barang lain ikut permintaan. Bawa balik Kampung dan jual secara kredit. Lepas juga duit tambang pergi balik dan simpan sikit kat tabung..Lepas sekali duit raya.
Sempena bulan Ramadan ini dan Eidul Fitri beberapa hari lagi, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Eidul Fitri dan semoga semua ceria dan gembira selalu. Kepada para sahabat di medan..selamat berjuang>>>
Monday, August 22, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
