Sunday, September 19, 2010

Eid Fitri dan UPSR

Salam Semua,

Selamat Menyambut Eid Fitri kepada semua. Lewat sedikit kerana kesibukan dan tiada access ke Internet. Semoga Eid Fitri kali ini membawa keberkatan dan merapatkan siratulrahim kita semua. Kepada adik-adik yang akan menduduki UPSR esok, Semoga Berjaya....

Monday, July 26, 2010

Nisfu Syaaban

Malam ini Nisfu Syaaban..Petang ini semua amalan kita akan ditutup dan di angkat ke langit. Selepas itu lembaran baru akan di buka. Semoga Lembaran baru ini lebih baik daripada yang lalu.

Kepada adik-adik yang sedang menuntut ilmu di menara gading...."Jangan lupa untuk Beramal semasa kita menimba ilmu"; "Beribadat semasa belajar" & "Berbudi di bumi di mana kita pijak"

Semoga semua mendapat fadilat dan hidayah dari Allah SWT...

Friday, June 18, 2010

UUM Terima Naib Canselor Baru Jun 2010

Tahniah diucapkan kepada Profesor Dr Mohamed Mustafa Ishak yang baru dilantik sebagai Naib Canselor UUM pada 15 Jun 2010. Semoga dengan perlantikan dalaman ini dapat mempertingkatkan semangat Para Pendidik UUM. Seterusnya mempertingkatkan kualiti pendidikan dan kecemerlangan UUM. Tahniah sekali lagi

Thursday, June 10, 2010

Daulat Tuanku

Sajak ini saya tujukan kepada sahabat semua....Saya remaja di bumi Pahang....Sek. Men. Sains Tuanku Abdullah (SEMESTA), Raub Pahang

Rukun Negara 1 - Kesetiaan Kepada Raja & Negara

Karya: Teo Wei Sing, Kumpulan Sajak Kutemui 1 Malaysia, Pekan, 2009
"Mengadap Tuanku"
Bentakan mereka itu masih kuat
Membahangi hamba
Namun tidak membunuh
Tidak membunuh jiwa hamba seperti jiwa mereka
Kecil kerikil di sisi cakerawala
Kepada Tuanku,
Hamba dihina oleh si hina
Hamba merayu
Hamba masyghul

Mengadap Tuanku,
Ke Bawah Duli Yang Amat Mulia
Ungkapan cinta mulai mekar
Lambang kekenegerian mulai mengerti
Menjadi kiasaan di sisi rakyat jelata
Tanah ini tanah keramat
Tanah ini bumi sejahtera
Pahang yang melahirkan
Darul Makmur yang melestarikan
Menghujankan nikmat segala ilmu
subur tidak berhujung.

Mengadap Tuanku,
Ke Bawah Duli Yang Amat Mulia
Tekad berbakti mulai berpangkal
Lafaz setia tidak saja di mulut
Namun kias mengilas di seluruh tubuh
Membara di jiwa tanpa lebur
Semangat anak jati tiada yang luput
Kerana
Rakyat jelata berpayungkan hitam dan putih
Warna yan tidak luntur
Hamba anak Pahang.

Mengadap Tuanku,
Ke Bawah Duli Yang Amat Mulia
Ampun Tuanku, sembah patik mohon diampun
Dirgahayu Tuanku.

Friday, June 4, 2010

Salam Perjuangan

Salam.....

Blog ini didedikasikan kepada semua bekas pelajar, pelajar, pentadbir, pensyarah dan semua yang terlibat di dalam proses mendewasakan saya di Universiti Utara Malaysia. Hari ini juga adalah tarikh harijadi saya.

Selepas 14 tahun meninggalkan bumi Sintok, mencari rezeki dan menimba ilmu di dalam bidang pekerjaan, hati ini tergerak untuk mencoret pengalaman-pengalaman yang di lalui sepanjang hidup ini. Semoga blog ini dapat diterima oleh bloggers dan rakan-rakan sekalian.

Dan tak lupa juga untuk mengucapkan Selamat hari lahir kepada Bapa saya yang jatuh pada hari esok 5 Jun. Kepada YM Agong.....Selamat Hari Lahir.

Selamat Berjuang......