Monday, January 27, 2014

Kuasa Membuat Pilihan.

The Power of Choice - “Using the power of decision gives you the capacity to get past any excuse to change any and every part of your life in an instant.”~ Anthony Robbins... Setiap masa kita perlu membuat pilihan. Kita memilih untuk berbuat baik, jahat ataupun apa-apa sahaja.Lazimnya manusia akan memilih apa yang bermanafaat bagi mereka berbanding yang lain. Namun begitu, kita juga perlu akur dengan situasi tertentu yang tidak mengizinkan kita untuk membuat pilihan. Contohnya di dalam beberapa perkara berkaitan agama, perlembagaan dan adat istiadat. Sebagai penganut agama langit yang baik, kita ditegah daripada memilih kejahatan, keganasan ataupun penipuan. Sebagai warganegara yang baik, kita juga ditegah daripada melakukan perkara yang sama seperti ajaran agama masing-masing Begitu juga pegangan dan fahaman, kita ditegah dari melanggar adat dan tatasusila kaum masing-masing. Sebagai panduannya kita diajar peribahasa "Masuk kandang harimau kita mengaum, masuk kandang kambing kita mengembek" Adakah ini bermakna kita tiada kuasa untuk membuat pilihan? Adakah dengan akal fikiran dan hati yang jelas kita tidak berupaya membuat pilihan? Bukankah ini bertentangan dengan fitrah manusia untuk bebas memilih apa yang bermanafaat bagi Individu tersebut? Bukankah kita bebas untuk memilih ideologi dan pegangan masing? Jadi mengapa kita perlu berpegang kepada Demokrasi Terpimpin dan Raja Berpelembagaan? Mengapa pemimpin politik mahukan kita memegang kuat ideologi ini? Mereka inginkan kuasa, tetapi kita yang perlu ikut mereka. Kuasa untuk membuat pilihan ditangan anda. Itulah kempennya. Anda hanya penting atau menjadi istimewa apabila undi anda diperlukan. Terbaru, ADUN Kajang meletak jawatan hanya satu tahun selepas memegang tampuk kuasa. Semua pihak terperanjat dan menyatakan sokongan dan bangkangan. Mengapa tidak kita bagi ruang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri tersebut untuk menyatakan pendirian dan sebab-sebab perletakan jawatan? Di Selangor, kita pernah alami perkara yang sama apabila YB Elizbeth Wong meletak jawatan tetapi ditolak oleh Menteri Besar. Sesungguhnya banyak kejutan dan misteri berlingkar disebalik kejadiaan ini. Hanya mereka yang terlibat memahaminya. Sebagai warga Selangor, kita mendesak agar persoalan berkaitan perletakan jawatan ini dibahaskan. Kepada warga dan pengundi Kajang, anda akan menjadi tetamu Istimewa dalam tempoh dua bulan ini. Jangan terkejut jika bakal-bakal calon ini mengetuk pintu anda di malam hari sekadar untuk bertanya khabar. Pilihan ditangan anda! Tentunya Dato' Haji Samuri dan tauke-tauke di Kajang akan tersenyum lebar sebulan dua ini. Durian Runtuh hadiah Tahun Baru Cina!

Tuesday, January 14, 2014

Usahawan dan Kebiasaan Tingkahlaku

Januari 2014, genap setahun aku memulakan perniagaan di dalam bidang latihan dan konsultansi. Satu cabang di dalam pendidikan yang fokus terhadap pembinaan kapasiti, pengetahuan dan sikap melalui metodologi "perkongsian pengalaman dan pengetahuan. Dalam tempoh setahun ini, pelbagai dugaan dan peluang yang aku tempuhi, bermula dengan mendapatkan modal untuk berniaga. Aku Berjaya meyakinkan sahabat aku untuk meminjamkan sedikit wang sebagai modal permulaan. RM5k untuk pendaftaran perniagaan dan lesen berkaitan. RM5k untuk menyewa dan membayar deposit ofis dan utiliti. Daripada RM10k inilah aku berdikit membina perniagaan. Sukar! sukar juga bermula dengan modal yang sedikit ini. Tak cukup sebenarnya, tetapi aku guna sedikit duit daripada bajet belanja rumah dan anak-anak. Aku kena ikat perut dan kurangkan perbelanjaan lain-lain. Defisit hampir RM1.5k-RM2k sebulan jugalah. Mana yang boleh aku kurangkan, aku kurangkan termasuk bajet minum teh dengan kawan-kawan.
Enam bulan pertama, agak mencabar kerana aku perlu mendaftarkan perniagaan dan mendapatkan lesen-lesen berkaitan. Dalam masa sama bertemu dan berbincang dengan kawan-kawan yang sudi mendengar cabaran dan keluh kesah usahawan baru. Aku juga turut berjumpa dengan beberapa tenaga pengajar yang berpengalaman untuk mendapatkan sokongan dan pandangan mereka. Ada pro dan kontra. Dalam tempuh ini, tiada jualan lagi. Titik perubahan berlaku pada Ramadan yang lepas, bermula dengan program CSR - Memberi kelas percuma sebelah petang dan diikuti dengan majlis berbuka puasa untuk 65 anak-anak yatim dan miskin di Puri Pujangga UKM. Terima kasih kepada rakan-rakan dan juga Cagamas Berhad atas sokongan mereka. Selapas itu, aku mula diberi peluang untuk menyediakan tenaga pengajar kepada beberapa syarikat swasta dan kerajaan. Aku Berjaya membayar hampir 85% modal yang aku pinjam untuk memulakan perniagaan. Genap setahun, aku kini bersedia untuk memasuki fasa ke dua perniagaan - Pembinaan Organisasi. Untuk fasa ini aku perlu mengukuhkan sistem pengurusan dan penyampaian. Membina bilangan tenaga pengajar dalaman dan juga membina jaringan baru pemasaran. tak lupa juga untuk aku mendapatkan lesen profesional sebagai tenaga pengajar. Untuk fasa ini, aku anggarkan perlu modal sebanyak RM50k. Jadi aku dah jumpa abang di MARA. Merisik jika boleh bantu. Jawapannya mudah sahaja. Isi boring dan ikuti segala proses dengan sabar. Ikut pengalaman aku membantu kawan mendapatkan pinjaman MARA. paling cepat enam bulan bermula dari tarikh borang lengkap dihantar sehingga pemberian pinjaman. Maksudnya jika aku hantar permohonan pada awal Februari, bulan Ogos baru dapat pinjaman. itupun jika tiada karenah birokrasi dan teknikal. Aku anggarkan dapat atau tidak modal tersebut, aku perlu capai jualan sekitar RM250k - RM500k untuk tahun 2014 ini. Satu kadar pertumbuhan yang drastik berbanding tahun lalu. Untuk itu, aku perlu ubah kebiasaan yang aku lakukan sebelum ini. Ibarat kata orang putih:- " Make small investments in your dreams each and every day you are given to live" Bukan takat mengajar orang untuk melakukan Transformasi Minda, aku juga perlu melalui Transformasi ini untuk berjaya. Semoga Berjaya. Cheers.

Saturday, January 4, 2014

Adat, Adab Tunjang Kekuatan Bangsa

Setiap insan sering diingatkan bahawa hidup dikandung adat, mati dikandung tanah. Ia menunjukkan betapa pentingnya adat dalam kehidupan manusia. Daripada keturunan apa sekali pun, setiap individu tidak boleh lari daripada dipengaruhi sistem adat. Hanya mereka yang tidak beradat yang tidak faham pengertian adat dalam kehidupan seharian mereka. Bagi mereka yang melakukan tindakan di luar kelaziman sesuatu adat, biasanya mereka digelar manusia tidak beradat dan tidak beradab. Adat dalam konteks bahasa mudah adalah amalan turun-temurun yang diwarisi sesuatu kaum atau etnik dan diterima sebagai sistem nilai dalam kehidupan setiap masyarakat. Ia mungkin amalan tradisi berhubung menyambut kelahiran seseorang, cara sesebuah keluarga membesarkan anak, cara berhubung dengan individu lain hinggalah kepada setiap apa juga yang dilakukan setiap hari, ketika meraikan sesuatu perayaan dan sebagainya. Jika tinggi darjat seseorang itu, maka lebih besar dan meriahlah sesuatu majlis yang diadakan dan jika ia dilakukan secara rasmi ia menjadi satu acara adat istiadat. Pendek kata, apa juga yang dilakukan setiap hari mempunyai kaitan dengan adat. Kebudayaan sesuatu kaum atau etnik juga adalah berteraskan kepada adat. Malaysia kaya adat Di Malaysia, setiap kaum mempunyai adat mereka sendiri. Orang Melayu, Cina, India, Sikh, Kadazan, Iban, Dayak, Bidayuh dan sebagainya mengamalkan adat kaum dan etnik masing-masing. Itulah sebabnya Malaysia kaya dengan adat. Tanpa mengira kedudukan dan status, setiap kaum mengamalkan adat mereka tanpa halangan. Cara makan adalah adat. Begitu juga cara bercakap, menegur dan berurusan sesama manusia, malah bahasa yang digunakan mengambil kira persoalan adat – cara yang dibenar dan dilarang mengikut garis panduan yang ditentukan oleh adat kaum masing-masing. Setiap kaum ada tatacara adat dan adabnya. Dalam rumah hingga dalam istana perlu patuh kepada adat dan adab. Begitu juga adat dan adab dalam berkampung, bermukim, negeri dan negara, ada adatnya. Bagaimana pun, ada adat yang sebati dan sudah berakar umbi dan ada juga adat yang dicipta atas sesuatu tujuan dan kepentingan. Ada adat ciptaan yang tidak sesuai, malah terkeluar daripada batasan agama. Bagi penganut Islam, amalan yang tidak sesuai ini, jika diamalkan, adalah syirik. Bagi orang Melayu dan pribumi serta kaum lain di negara ini, adat diterima sebagai sistem sosiobudaya. Bagi orang Melayu, adat Melayu dimantapkan dengan berasaskan kepada tuntutan Islam. Sistem adat yang mereka amalkan diperkuatkan dengan amalan beragama dalam Islam. Itulah sebabnya adat diterima sebagai bersendikan hukum, hukum bersendikan syarak, syarak bersendikan kitabullah. Di Malaysia, dalam apa juga bentuk perubahan pembangunan yang melanda, adat yang sudah bertapak dan diterima sebagai sebahagian amalan hidup, tidak pernah tergugat, malah terus digunakan. Ia menjadi kekuatan bangsa. Meskipun kemajuan negara sudah mengubah struktur sosial masyarakat, adat yang sudah bertapak dan sebati, terus kekal. Sukar dibayangkan apa yang mungkin terjadi jika sesuatu kaum tidak menjadikan adat sebagai pegangan dalam amalan seharian dalam masyarakat. Jika setiap individu bertindak mengikut cita rasa masing, negara tidak aman. Jika dalam sesebuah masyarakat ada individu yang bertindak bertentangan adat, kemungkinan besar ia dipulaukan dan dianggap sebagai kera sumbang. Amalan terus diperkukuh Dalam masyarakat Melayu, adat turun temurun terus diperkukuhkan walaupun pelbagai perubahan melanda kehidupan. Mereka terus memegang adat, malah mereka lebih sanggup mati anak daripada mati adat. Adat yang mereka amalkan sejak negara ini berteraskan negara pertanian hingga kepada negara perdagangan dan perindustrian, adat yang sama diteruskan. Jika dulu hidup di kampung tetapi sekarang di bandar, adat terus dibawa bersama dalam kehidupan. Walaupun berkedudukan tinggi dalam pentadbiran, berjawatan yang dihormati dalam sistem birokrasi dan korporat, mereka tetap mengamalkan adat. Jika ada orang mahu meminang anak mereka, ia mestilah mengikut adat. Meskipun ada segelintir yang menganggap bahawa adat sebagai perkara lapuk, setinggi mana pun kedudukan mereka, akhirnya mereka tetap kembali kepada adat, setidak-tidaknya dalam soal ritual. Mior Kamarul Shahid; Berita Harian 3 Jan 2014

Friday, January 3, 2014

2014 - Year of The Horse

Greetings and happy New year to friends and foes. Its been a long time that I have not written in this blogs. Distracted by FB. Start now on, I may use this medium to speak up my mind. Particularly in the area of Life, Nationhood, Politics and Interests. It is time to commercialize the blog and put it into national level. Semoga Berjaya!!!